Monday, October 18, 2010

Majlis Jasamu Dikenang

Tanggal 23 Julai yang lalu ,SMV(ERT) DUHMS telah kehilangan permata unggul yang berharga iaitu ,Pengetua Cemerlang -Pn Mariam bt Muhammad. Beliau bersara pada umur 56 tahun setelah berkhidmat sebagai pengetua sekolah ini sejak tahun 2004. Pemergian beliau begitu dirasai oleh semua warga sekolah. Pelbagai pembaharuan dan pembaikpulihan telah dilakukan sepanjang pentadbiran beliau. Paling membanggakan ,gred purata akademik meningkat ke tahap memberangsangkan. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian daripada Kelab Kesenian dan Warisan sekolah. Ucapan yang serba ringkas tetapi padat dan mengharukan merupakan pesanan terakhir buat beliau kepada seluruh warga SMV(ERT) DUHMS. Majlis diakhiri dengan perarakan keluar Pn Mariam dengan menaiki beca yang dikayuh sendiri oleh Encik Yusof. Segala khidmat bakti cikgu kami akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih .

Jasamu dikenang .

Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari Guru




Sambutan hari Guru peringkat sekolah telah berlangsung pada 17 Mei dengan perarakan masuk guru guru ke dalam astaka jam 8 pagi. Setersnya majlis diteruskan dengan pembacaan perutusan, bacaan ikrar guru serta nyanyian lagu Guru Malaysia oleh semua guru. Pelbagai aktiviti dijayakan bagi memeriahkan majlis seperti aktiviti guru- mencantikan model menggunakan kertas surat khabar, bawa telur dalam sudu, timbang bulu ayam, cabutan bertuah dan lain. Aktiviti untuk pelajar -mendeklamasikan sajak buat guru, kad ucapan gergasi dan lain lain. Sambutan Hari Guru telah berlangsung dengan jayanya.

Pihak PRS SMV ERT mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru SMV ERT serta semua warga pendidik di dalam Malaysia. Terima Kasih atas pengorbanan guru guru. Doakan kejaayaan kami SPM 8A+ 2010.Amin.

Bulan Anti Dadah



Bulan Anti Dadah yang berlangsung selama sebulan telah berakhir dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Pn pengetua pada 7 mei yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan selama sebulan ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah Anti Dadah yang disampaikan oleh wakil dari IPD Rembau, pertandingan melukis poster, pertandingan power point Anti dadah, pertandingan nasyid dan lain lain. Semua guru, staf sekolah dan pelajar melibatkan diri dan Bulan Anti Dadah berjalan dengan lancar.

Pertandingan Kawat Kaki Peringkat Daerah




Pada 21 Mei yang lalu, SMV ERT telah menyertai kejohanan kawat kaki peringkat daerah Rembau. Pertandingan ini di adakan di Tapak Pasar Malam Rembau. Beberapa buah sekolah di sekitar Rembau telah mengambil bahagian menjadi pesaing hebat kepada SMV ERT. Alhamdulillah, SMV ERT telah mendapat Johan bagi NGO (PBSM) dan KRS. SMV ERT telah mewakili daerah Rembau ke peringkat negeri bertempat di SMAKAP pada 11 Mei yang lalu.


Monday, April 12, 2010

Temasya Sukan Sekolah



Pada 10 March yang lalu, SMV ERT telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan Sekolah bertempat pada SMT Lela Maharaja, Rembau. Semua pelajar, guru dan staf terlibat menjayakan temasya kali ini. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ikrar pelajar, ucapan dari pngetua dan seterusnya persembahan senam tari dari wakil pelajar ting 4 & 5. Majlis bersurai sekitar jam 1 petang dengan keputusan rumahMerah menjadi johan keseluruhan.


Wednesday, March 24, 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan maulidur Rasul 1431H telah berlangsung pada 3march 2010 bersamaan hari Rabu. Perarakan maulidur rasul oleh warga SMV (ERT) bermula di pagar sekolah sehingga ke astaka. Majlis sambutan Maulidur Rasul diadakan di astaka sekolah bermula jam 3.20 petang sehingga 4.40 petang. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis berlangsung adalah persembahan nasyid, tadarus Al-Quran dan perarakkan.



Wednesday, February 10, 2010

KEMASUKAN PELAJAR TING 4 2010

Pada 25 Jan yang lalu, SMV (ERT) telah menerima kemasukan pelajar baru dari tingkatan 4. Seramai 88 orang telah mendaftarkan diri. Minggu suaikenal pelajar tingkatan 4 berlangsung selama 4 hari bermula 25 Jan dan berakhir pada 28 Jan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk pelajar tingkatan 4 supaya mereka lebih mengenali persekitaran sekolah dan guru-guru. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Treasure Hunt yang melibatkan 10 kumpulan pelajar tingkatan 4. Selain itu terdapat program yang dikenali sebagai program 'Kenali Guruku' dimana semua pelajar tingkatan 4 perlu mencari dan mengenal pasti guru-guru mereka.Terdapat juga program sampingan seperti Taklimat PSS, Taklimat Pengurusan Asrama dan Lawatan Kenali Sekolah. Majlis penutupan berlangsung pada 28 Jan yang dihadiri oleh Pengetua Cemerlang SMV (ERT), Pn Mariam. Semasa majlis berlangsung, turut diadakan persembahan kebudayaan yang melibatkan 10 kumpulan pelajar tingkatan 4.

Sek.Men.Vok (ERT) akan menerima tambahan pelajar tingkatan 4 kemasukan kedua pada 22 Feb 2010.