Sunday, November 8, 2009

JAMUAN PRS

PADA 5 NOV 2009 Majlis Jamuan PRS telah diadakan di Crystal Bay Alai Melaka. Serama 38 orang PRS diraikan.Majlis disempurnakan oleh Pn Mariam pengetua cemerlang. PRS diraikan bersama orang beberapa orang guru dan staf yang telah banyak menyumbang tenaga untuk program kaunseling.














MAJLIS HARI LAHIR JUL,OGOS DAN SEPT

Majlis Hari Lahir telah diadakan pada 30 Oktober 2009.Seramai 106 orang terdiri daripada 82 orang pelajar selebihnya guru dan staf. Majlis ini bertemakan Hari Raya. Sambutan agak meriah dan bewarna warni.Di antara insan yang diraikan pada majlis kali kali ialah Pn Mariam(Pengetua Cemerlang),Pn Sharipah(Penolong Kanan) termasuk En.Jasmi(Kaunselor).Menu yang disediakan kali ini agak berbeza iaitu lemang, rendang dan kuih muih Hari Raya.Semua menu disediakan oleh guru-guru.TERIMA KASIH CIKGU!



































Tuesday, October 20, 2009

PROGRAM "MENGGILAP MUTIARA"


PROGRAM "MENGGILAP MUTIARA'telah diadakan Hotel Seri Malaysia PD pada 16-17 Oktober 2009.Seramai 52 pelajar Tingkatan 5 yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan percubaan SPM telah terpilih. Program telah dikendalikan oleh Kaunselor sekolah iaitu En.Jasmi dan dibantu oleh semua penolong kanan,ketua bidang dan guru-guru.Pelbagai aktiviti telah dijalankan iaitu ceramah,kuliah agama,kerja kumpulan dan riadah.Semua aktiviti ini begitu berkesan kepada pelajar sebagi suntikan motovasi untuk lebih cemerlang dalam SPM yang sebenar. Pn Mariam Pengetua Cemerlang SMT(ERT)DUHMS telah memberi kata perangsang kepada peserta semasa majlis penutup.













MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN






Majlis telah diadakan pada 10 Oktober.Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Hj Ahmad tajudin b.Jab.Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia.Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya pertandingan kawat kaki, pameran unit beruniform, jualan makanan dan sebagainya. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.











Friday, September 4, 2009

LAWATAN LAMBAIAN MENARA GADING UKM








Pada 17 Ogos 2009 merupakan tarikh amat bermakna kepada 38 orang pelajar SMT(ERT)DUHMS kerana berpeluang menghadiri majlis konvokesyen ke-37 UKM.Lawatan tersebut dianjurkan oleh En Jasmi dari Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan UKM.Kami diberi motivasi dan yang paling menarik kami dapat memakai jubah seolah-olah kami yang diraikan di majlis konvokesyen tersebut.Dengan adanya lawatan ini pelajar lebih bermotivasi untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan cemerlang seterusnya menjejakkan kaki ke universiti.

Monday, June 29, 2009

PAMERAN KERJAYA




Pameran Kerjaya telah diadakan di Sek.Men.Seremban Jaya 2.Pihak sekolah telah menghantar 6 orang pelajar dari pelbagai jurusan seperti katering, fesyen dan seni kecantikan.Tujuan pameran untuk mempromosikan Sekolah Men.Teknik(ERT) Dato'Undang Hj Muhamad Sharip kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut.Sambutan amat menggalakkan serta mendapat penghargaan daripada pihak sekolah tersebut.










LAWATAN KERJAYA TINGKATAN 5


Lawatan kerjaya pelajar ting 5 telah dijalankan pada 18 Jun 2009.Sebanyak empat buah kolej dipilih iaitu Kolej Komuniti Bukit Bruang,Melaka, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka,Masterskill Kolej,Shah Alam dan Taylor Kolej.Tujuan lawatan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tingkatan 5 serta prospek masa depan kerjaya mereka.






PROGRAM MENONGKAH ARUS


Program "Menongkah Arus" bertujuan meningkatkan Kendiri, Budaya Kerja Cemerlang dalam kalangan guru-guru Sek.Men.Teknik(ERT) Dato'Undang Hj Muhamad Sharip,Program bermula pada 29 Mei- 1 Jun 2009 di Pulau Perhentian.

Sunday, April 19, 2009

PROGRAM"SYUKUR KELAHIRAN"


Majlis diadakan pada 17 April (Khamis).Seramai 89 orang pelajar dan 27 guru dan staf sekolah yang dilahirkan pada bulan Januari,Februari dan Mac diraikan di dalam majlis ini.Majlis dirasmikan oleh Puan Mariam bt Mohamed Pengetua Kanan SMT(ERT) Dato'Undang Hj Muhamad Sharip.