
TAHNIAH UNTUK PN MARIAM BT MOHAMED PENGETUA SMT(ERT)DUHMS KERANA TELAH MENJADI PENGETUA CEMERLANG DG54.SESUNGGUHNYA WARGA SMT(ERT) DUHMS AMAT BERBANGGA DENGAN ANUGERAH INI.INSYAALLAH SEKOLAH KITA AKAN LEBIH CEMERLANG DI MASA AKAN DATANG.
TAHNIAH! Untuk En Rosdi yang akan naik pangkat!Beliau akan berkhidmat di sekolah baru di Serdang.Terima Kasih diucapkan kepada beliau kerana telah banyak menyumbang bakti selama 13 tahun di SMT(ERT)DUHMS.Bagi Unit Kaunseling jasa dan khidmat beliau menyerikan bilik kaunseli
ng sentiasa diingati.Semoga En Rosdi lebih berjaya di tempat baru."Berhati-hati ketika menunggang motosikal Kawasaki Ninja tu".
SEMINAR KAUNSELING telah diadakan pada 3 Februari 2009 (Selasa). Seminar dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling dan Persidangan Kebangsaan Pengetua Sek.Men.Teknik Zon Melaka/Negeri Sembilan.Peserta terdiri daripada PK Hem,Guru Warden,Guru disiplin dan Guru kaunseling.Seramai 73 peserta termasuk 10 guru kaunseling dari daerah Rembau. Seminar dan bengkel ini sampaikan oleh Dr Ahmad Jazimin b.Jusoh dari UPSI.Seminar bertujuan memberi pendedahan mengenai "Choice Theory dan Reality Therapy" dalam memahami masalah serta pendekatan yang digunakan menangani masalah pelajar.Seminar ini banyak memberi pengetahuan kepada semua para peserta. Maklum balas yang diperolehi menyatakan seminar seperti perlu diadakan lagi.Tahniah kepada Unit Bimbingan Kaunseling SMT(ERT)DUMHS serta Pihak Pengurusan sekolah.
Generasi masa depan tunggu kematian akibat senjata biologi, kimia diguna askar Yahudi LEBIH 1300 nyawa terkorban dan lebih 5000 insan parah!KESENGSARAAN penduduk Palestin akibat keganasan rejim Zionis masih belum berakhir kerana berpuluh-puluh ribu rakyatnya, termasuk anak kecil kini berdepan maut akibat penggunaan pelbagai senjata dan bom yang diharamkan ketika serangan dilakukan di wilayah berkenaan. Selain kerosakan sel, mangsa walaupun masih hidup, dikatakan hanya menunggu masa sebelum disahkan sebagai penghidap penyakit kronik seperti barah beberapa tahun lagi berikutan penggunaan senjata maut seperti bom kimia dan fosforus putih. Senjata itu adalah bahan kimia mudah terbakar dan meninggalkan kesakitan teramat sangat kepada mangsa, termasuk melecur. Ini boleh disaksikan menerusi paparan foto menyayat hati mayat kanak-kanak yang melecur dengan tompokan warna putih, seperti terpampang di kebanyakan media utama dunia ketika serangan kejam Israel ke atas wilayah Gaza selamat tiga minggu, mulai 27 Disember lalu. Apa dikesali, pelbagai senjata biologi dan kimia berbahaya yang digunakan askar Zionis yang menyalahi peraturan antarabangsa itu, sengaja disasarkan di kawasan padat penduduk yang menjadi antara taktik kejam pembunuhan sistematik generasi muda serta rakyat Palestin. Perkara ini didedahkan Menteri Kesihatan Palestin yang juga pemimpin kanan pergerakan Hamas, Dr Basem N Naim yang menyifatkan perbuatan Yahudi itu bukan saja tidak berperikemanusiaan, tetapi membukti-kan niat sebenar mereka melenyapkan rakyat Palestin daripada tanah air mereka.Tip: Ahmad Fadzli

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salam Sejahtera!