Selamat kembali ke sekolah!Kedatangan tahun baru wajar dipenuhi dengan azam baru, cita-cita yang ingin dicapai.Oleh itu pelajar-pelajar seharusnya mengatur pelbagai strategi sebagai usaha untuk mencapai cita-cita dan keazaman yang telah ditetapkan.Selain daripada itu pelajar mesti mematuhi disiplin dan peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan sekolah mendidik kita menjadi seorang pelajar yang berhemah.Sentiasa menurut kata guru, jangan membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.Mudah-mudahan Tahun 2009 ini akan memberi makna yang besar kepada semua pelajar di SMT ERT dato'Undang Hj Muhamad Sharip untuk mencapai kecemerlangan.
No comments:
Post a Comment