Thursday, February 26, 2009
Tuesday, February 24, 2009
Monday, February 23, 2009
TAHNIAH BUAT PENGETUA.
TAHNIAH UNTUK PN MARIAM BT MOHAMED PENGETUA SMT(ERT)DUHMS KERANA TELAH MENJADI PENGETUA CEMERLANG DG54.SESUNGGUHNYA WARGA SMT(ERT) DUHMS AMAT BERBANGGA DENGAN ANUGERAH INI.INSYAALLAH SEKOLAH KITA AKAN LEBIH CEMERLANG DI MASA AKAN DATANG.
UCAPAN PN MARIAM,"TERIMA KASIH.SEMUA BERKAT DOA DAN KERJASAMA SEMUA STAF.JIKA SAYA SEORANG SAHAJA SAYA TAK MAMPU MELAKSANAKANNYA.U ALL SEMUA ARE THE BEST.REMEMBER THAT."
Tuesday, February 17, 2009
KISAH CEO
Seorang CEO sebuah syarikat besar ingin melepaskan jawatan yang telah lama disandangnya.Sebagai CEO beliau telah membawa kejayaan yang cemerlang untuk syarikatnya.Kini beliau ingin berehat dan memberi jawatan tersebut kepada penggantinya.Suatu hari beliau mengadakan satu mesyuarat khas untuk menyatakan hasratnya kepada pengarah-pengarah dan pekerja-pekerja di bawahnya.Tidak lama kemudian beliau mengeluarkan satu bungkusan.Semua orang senyap dan menumpukan perhatian terhadap bungkusan tersebut.Bungkusan tersebut dibuka dan ditaburkan di atas meja mesyuarat. “Di sini terdapat benih pokok bunga yang terdiri daripada pelbagai jenis bunga.Benih ini adalah yang tebaik dari pokok bunga yang cantik-cantik.Setiap seorang dikehendaki mengambil dan menanamnya.Letaklah tanah dan baja yang terbaik sehingga mengeluarkan bunga.Selepas 3 bulan saya akan memanggil tuan-tuan untuk melihat hasilnya.” Maka semua ahli mesyuarat pun mengambilnya dan membawa pulang untuk menanamnya.Ini termasuk seorang pekerja yang bernama Jim.Semua pengarah dan pekerja bertungkus lumus mengeluarkan belanja untuk membeli tanah dan baja yang baik agar benih tadi mengeluarkan pokok bunga yang cantik untuk dipersembahkan kepada CEO.Jim tidak ketinggalan namun jangan katakana bunga batang dan daun pokok pun tidak kelihatan.Jim merasa runsing dan binggung.Semua rakan-rakannya gembira kerana benih pokok telah mengeluarkan bunga yang cantik cantik.Tarikh perjumpaan seterusnya semakin dekat namun benih pokok Jim tetap tidak tumbuh.Tiba masanya perjumpaan yang ditetapkan.Semua pengarah dan pekerja datang bersama pokok bunga masing-masing yang cantik. “Mana Jim?” Tanya CEO. “Dia kat belakang sana dia malu nak datang sebab pokok bung dia tidak tumbuh” suara salah seorang pengarah disambut dengan gelak ketawa. “Panggil Jim kemari!”.Jim pun datang tersipu-sipu.CEO memanggil Jim kehadapan sambil mengumumkan, “Saya dengan ingin mengumumkan Jim sebagai pengganti saya!”Hadirin terperanjat dengan pegumuman tersebut. “Sebenarnya tuan-tuan benih yang saya berikan itu memang benih pokok yang baik tetapi semuanya telah saya rebus supaya ia tidak boleh tumbuh.Tuan-tuan telah menukarnya dengan benih pokok bunga lain supaya ianya hidup.Hanya Jim yang jujur tidak menukarnya!”.
"SUPERMAN" DAN REMAJA
‘Superman’ menakluki dunia!
“SUPERMAN” merupakan ciptaan dua orang anak muda yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel (menulis) dan Joseph Schuster(melukis).Tahun ini genaplah 75 tahun lahirnya Superman. Watak ini menjadi ikon berbilion manusia di dunia, khususnya kanak-kanak.Superman ialah penyelamat manusia kerdil dan tertindas. Kita menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai wira kita juga. Ramai remaja memakai pakaian Superman dan tidak ketinggalan penyanyi lelaki di Malaysia. Tidak salahnya memakai pakaian ini tetapi kita harus tahu matlamat dan misi ciptaan seperti ini.Di dunia ini jumlah orang Yahudi tidak ramai sekitar 14 juta orang sahaja.Tetapi mereka bangsa yang cerdik dan berpengaruh.Pengalaman kaum mereka di Jerman mengajar mereka erti survival. Mereka menggunakan media dan filem sebagai wadah utama untuk mempengaruhi bangsa lain.Selain Superman, watak komik terkemuka seperti Batman, X-Men dan Spiderman juga dihasilkan oleh artis-artis Yahudi.Hari ini mereka menguasai media, budaya popular, hiburan, system perbankan,gerakan NGO dan empayar perniagaan yang besar.Tetapi seperti watak Superman pengaruhnya cukup besar dan berpanjangan.Hari ini anak-anak muda Muslim mengutuk rejim Yahudi menyerang Gaza. Mereka membawa sepanduk anti-Israel dan anti-Yahudi.Mereka membakar bendera Israel. Dada mereka membara dengan kemarahan. Pada waktu yang sama mereka memakai baju-T bertulis ‘Superman’ sambil memegang satu tin air coca-cola untuk menghilangkan dahaga!!!Begitulah watak ‘Superman’ menakluki dunia!

Monday, February 9, 2009
Saturday, February 7, 2009
Thursday, February 5, 2009
MAJLIS PERPISAHAN EN.ROSDI
TAHNIAH! Untuk En Rosdi yang akan naik pangkat!Beliau akan berkhidmat di sekolah baru di Serdang.Terima Kasih diucapkan kepada beliau kerana telah banyak menyumbang bakti selama 13 tahun di SMT(ERT)DUHMS.Bagi Unit Kaunseling jasa dan khidmat beliau menyerikan bilik kaunseling sentiasa diingati.Semoga En Rosdi lebih berjaya di tempat baru."Berhati-hati ketika menunggang motosikal Kawasaki Ninja tu".
SEMINAR KAUNSELING
SEMINAR KAUNSELING telah diadakan pada 3 Februari 2009 (Selasa). Seminar dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling dan Persidangan Kebangsaan Pengetua Sek.Men.Teknik Zon Melaka/Negeri Sembilan.Peserta terdiri daripada PK Hem,Guru Warden,Guru disiplin dan Guru kaunseling.Seramai 73 peserta termasuk 10 guru kaunseling dari daerah Rembau. Seminar dan bengkel ini sampaikan oleh Dr Ahmad Jazimin b.Jusoh dari UPSI.Seminar bertujuan memberi pendedahan mengenai "Choice Theory dan Reality Therapy" dalam memahami masalah serta pendekatan yang digunakan menangani masalah pelajar.Seminar ini banyak memberi pengetahuan kepada semua para peserta. Maklum balas yang diperolehi menyatakan seminar seperti perlu diadakan lagi.Tahniah kepada Unit Bimbingan Kaunseling SMT(ERT)DUMHS serta Pihak Pengurusan sekolah.
Monday, February 2, 2009
TANGISAN GAZA
Generasi masa depan tunggu kematian akibat senjata biologi, kimia diguna askar Yahudi LEBIH 1300 nyawa terkorban dan lebih 5000 insan parah!KESENGSARAAN penduduk Palestin akibat keganasan rejim Zionis masih belum berakhir kerana berpuluh-puluh ribu rakyatnya, termasuk anak kecil kini berdepan maut akibat penggunaan pelbagai senjata dan bom yang diharamkan ketika serangan dilakukan di wilayah berkenaan. Selain kerosakan sel, mangsa walaupun masih hidup, dikatakan hanya menunggu masa sebelum disahkan sebagai penghidap penyakit kronik seperti barah beberapa tahun lagi berikutan penggunaan senjata maut seperti bom kimia dan fosforus putih. Senjata itu adalah bahan kimia mudah terbakar dan meninggalkan kesakitan teramat sangat kepada mangsa, termasuk melecur. Ini boleh disaksikan menerusi paparan foto menyayat hati mayat kanak-kanak yang melecur dengan tompokan warna putih, seperti terpampang di kebanyakan media utama dunia ketika serangan kejam Israel ke atas wilayah Gaza selamat tiga minggu, mulai 27 Disember lalu. Apa dikesali, pelbagai senjata biologi dan kimia berbahaya yang digunakan askar Zionis yang menyalahi peraturan antarabangsa itu, sengaja disasarkan di kawasan padat penduduk yang menjadi antara taktik kejam pembunuhan sistematik generasi muda serta rakyat Palestin. Perkara ini didedahkan Menteri Kesihatan Palestin yang juga pemimpin kanan pergerakan Hamas, Dr Basem N Naim yang menyifatkan perbuatan Yahudi itu bukan saja tidak berperikemanusiaan, tetapi membukti-kan niat sebenar mereka melenyapkan rakyat Palestin daripada tanah air mereka.
"Rejim Zionis ini syaitan bertopengkan manusia. Mereka tidak sekadar berniat jahat menakluki bumi Gaza, malah berhajat besar melenyapkan kaum Palestin dari muka bumi ini," katanya ketika ditemui semalam. Basem turut menyifatkan bom fosforus putih itu sebagai antara 'bom syaitan' paling kejam. "Mangsa akan mati dengan cara perlahan-lahan apabila kimia ini meresap hingga mengikis jantung, hati dan organ utama lain." Selain itu, katanya, masih ramai rakyat Palestin di pinggir kota Gaza yang diserang, mendakwa tidak hanya dihujani peluru, malah turut ditembak dengan sejenis gas saraf putih yang menyebabkan penduduk kampung mengalami gangguan pernafasan, suhu badan naik mendadak selain menyebabkan tubuh lemah serta-merta."Pihak berkuasa Palestin dengan kerjasama agensi NGO turut mendapati wujud pelbagai jenis peluru roket dan mortar milik Israel yang mengandungi sisa uranium. Kimia radioaktif ini sengaja diletupkan bersama bom berkenaan bagi memastikan debu radioaktif itu mengenai penduduk Palestin. "Tidak hairanlah selepas serangan Israel pada 2006, berlaku peningkatan mendadak kes barah di kalangan penduduk berusia bawah 30 tahun yang mewakili 70 peratus rakyat di Palestin di Gaza. "Selain beberapa bom berkenaan, Palestin kini turut diancam sejenis bom misteri yang menyebabkan sistem sel tubuh untuk menyembuhkan luka gagal berfungsi," katanya. Beberapa doktor yang merawat pesakit mendapati luka mangsa yang terkena serpihan bom `misteri' itu akan terus berdarah tanpa henti. "Tisu kulit mangsa akan pecah walaupun dijahit berulang kali sebelum mangsa akhirnya mati akibat kehilangan terlalu banyak darah dari luka berkenaan. "Selain itu, saya diberitahu oleh wakil perubatan dari Norway berhubung sejenis senjata dipanggil 'dime bom' yang akan meletup dan menyebabkan badan mangsa di sekitar kawasan itu hancur," katanya. Bom kejam yang pernah digunakan tentera Amerika ketika perang di Iraq dulu menyebabkan mangsa menderita cacat seumur hidup.

Sunday, February 1, 2009
TIP MENGHADAPI ORANG MARAH
Antara ketakutan yang sering kita alami ialah takut dimarahi.Takut dimarahi ibubapa, takut guru marah, takut rakan marah dan bermacam lagi.Tidak elok jika kita membangkitkan kemarahan orang lain.Allah tidak suka orang lain pun tidak suka.Kadang kala kita terpaksa berhadapan dengan orang marah. Dalam situasi sedemikian adakah kita perlu takut atau melarikan diri?Jangan!Di sini terdapat beberapa tip dan panduan mudah yang mungkin membantu anda mengatasi ketakutan terhadap orang yang sedang marah dan apa yang perlu anda lakukan.
- Jangan curahkan minyak (jangan tambah lagi kemarahannya).
- Minta dia duduk dan bertenang
- Dengar apa yang dia perkatakan.
- Sediakan "pentas" yang sama rata
- Mendengar dengan empati.
- Berfikir seperti pakar kaunseling
- Tenangkan dia.
- "Simpan" dahulu ego anda.
- Memaafkan jangan berdendam
- Berundur bukanlah bererti kalah.
Tip: Ahmad Fadzli
Ceramah Kerjaya
Majlis Pelancaran tabung Gaza
Pelancaran Tabung Gaza di lancarkan oleh Pn Mariam bt Mohamed pengetua SMT(ERT) Dato'Undang Hj Muhamad Sharip pada 30 Januari 2009 (Jumaat).Majlis berlangsung di dewan sekolah dan dihadiri oleh semua pelajar tingkatan 5 dan guru-guru.RM1200 berjaya dikutip di dalam majlis tersebut.Tujuan pelancaran tabung Gaza ini ialah untuk memupuk rasa kesyukuran atas apa yang kita nikmati sekarang serta melahirkan rasa simpati terhadap saudara kita di Palestin yang sekarang menderita akibat kekejaman Yahudi.
Majlis dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling, Panitia Agama Islam dan Kelab Guru SMT ERT DUHMS.
Majlis dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling, Panitia Agama Islam dan Kelab Guru SMT ERT DUHMS.
Ucapan Pengetua
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat bertugas kepada semua guru dan Selamat Kembali ke sekolah kepada semua pelajar.Semoga tahun 2009 ini akan membawa seribu rahmat kepada semua warga SMT(ERT) Dato'Undang Hj Muhamad Sharip.Saya amat berbangga dengan usaha dan sokongan yang diberikan oleh guru-guru dan pelajar pada tahun lepas bagi menjayakan semua program yang telah dirancang oleh pihak sekolah.Saya berharap pada tahun ini kita akan meningkatkan lagi usaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam semua aspek agar sekolah kita menjadi sekolah yang terbilang.
"THE FUTURE DOES NOT GET BETTER BY HOPES. IT GETS BETTER BY PLAN AND ACTION".

Ucapan Penolong Kanan.
Salam Sejahtera!
Cikgu mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah!Berbekalkan satu cita-cita,beribu usaha tanpa mengenal erti kegagalan.Pelajar yang hebat dan cemerlang ialah pelajar yang bijak merancang untuk berjaya!Oleh itu tahun 2009 ini buatlah perancangan dengan rapi untuk mencapai kejayaan.Anggap kegagalan yang lalu sebagai pemangkin untuk membaiki segala kelemahan dan kekurangan.Ingatlah zaman persekolahan merupakan zaman yang indah buat seorang pelajar.VISION WITHOUT ACTION IS MERELY A DREAM!ACTION WITHOUT VISION IS JUST PASSING TIME! VISION WITH ACTION CAN CHANGE THE WORLD!

Subscribe to:
Posts (Atom)